Azamuddin Mohd. Akil.
Mohd. Hafiz Abd. Mutalib
01 Disember 2018 4:11 PM
ALOR SETAR 1 Dis. - Bekas pemain
Selangor, Azamuddin Mohd. Akil atau lebih dikenali sebagai Alex bakal
memperkuatkan pasukan Kedah dalam saingan Liga Super musim depan.
Perkara itu diumumkan oleh
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menerusi laman Facebook rasminya di sini hari
ini yang mengesahkan Alex telah mengikat perjanjian dengan skuad Lang Merah
itu.
Selain Alex, KFA juga mengesahkan
mengikat seorang lagi pemain namun belum dapat mengumumkan namanya kerana masih
menggalas tugas bersama pasukan kebangsaan yang sedang beraksi dalam kejohanan
Piala AFF.
Menurut kenyataan tersebut, Alex
mencapai persetujuan bersama dengan KFA berkaitan kontrak dan syarat-syarat
tertentu yang ditetapkan persatuan.
“Dalam persetujuan bersama antara
Alex dan KFA, tempoh tiga bulan telah dipersetujui untuknya kembali cergas
sebelum melayakkannya menerima faedah daripada insentif pendapatan.
“Malah komitmen Alex untuk
bersama Kedah dengan kontrak bersyarat sedemikian merupakan satu contoh
disiplin dan komitmen yang baik kepada para pemain lain,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, Kedah telah
mengumumkan muka baharu yang bakal memperkuat pasukan iaitu N. Thanabalan,
Syahrul Azwari Ibrahim dan Azmeer Yusof.
Selain itu, KFA juga mengumumkan
dua tonggak import baharu iaitu Muhammad Shakir Hamzah dari Singapura dan Anmar
Fares Abdul Jabar dari Iraq.
Malah Kedah juga bakal
diperkuatkan dengan kehadiran pemain dari Brazil dan Sepanyol yang nama mereka
akan diumumkan dalam tempoh terdekat. - UTUSAN ONLINE
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/alex-sah-sertai-kedah-1.797370#ixzz5kpvPalts
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan