Selasa, 6 Oktober 2020

Azamuddin sedia 'berkorban


Mohd. Azamuddin Akil (kiri) bersedia mengorbankan posisi sebagai penyerang demi memberi laluan kepada pemain import, Dickson Nwakaeme.
MARAN - Pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2013, Mohd. Azamuddin Mohd. Akil sanggup meninggalkan posisinya sebagai penyerang bagi memberi laluan kepada pemain import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme yang akan beraksi bersama Tok Gajah musim depan.

Azamuddin berkata, Pahang mungkin akan menggunakan gandingan dua penyerang import iaitu Nwakaeme serta Matias Conti di bahagian serangan dan dia sedia beraksi diposisi lain.

"Kehadiran Nwakaeme akan memberi suntikan baharu kepada Tok Gajah untuk mengharungi Liga Malaysia musim depan dan kemampuannya telah terbukti ketika bersama Kelantan sebelum ini.

"Jika jurulatih menggunakan dua penyerang import bermakna saya akan bermain di posisi lain jika ingin disenaraikan dalam kesebelasan utama," katanya.

Dia berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis Perarakan Piala Malaysia di Bandar Tun Razak, Jengka dekat sini semalam bersama lapan lagi pemain Pahang iaitu Conti, Azidan Sarudin, Mohd. Hafiz Kamal, Mohd. Syawal Norsam, Mohd. Zaiza Zainal Abidin, R. Gopinathan, Mohd. Nasril Nourdin dan Mohd. Hazry Rozali.

Azamuddin memberitahu, semangat kerjasama dalam pasukan yang selalu diterapkan oleh jurulatih membuatkannya sanggup bermain di mana-mana posisi selain penyerang.

"Saya tidak kisah jika tidak diberi peluang sebagai penyerang utama kerana apa yang penting adalah kebaikan kepada pasukan kerana jurulatih lebih mengetahui siapa layak menggalas tugas sebagai penyerang," ujarnya.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131231/su_04/Azamuddin-sedia-berkorban#ixzz2p698COnw © Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 20 September 2020

BARISAN PEMAIN MALAYSIA YANG MENGALAHKAN SINGAPURA 3-1 PADA 26.11.14

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

NO

NAMA PEMAIN

KAPS

GOL

01

FARIZAL MARLIAS

26

0

22

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

29

0

02

AFIF AMIRUDDIN

04

0

04

MAHALI JASULI

41

02

21

MUHAMMAD ZUBIR AZMI

18

0

27

FADHLI SHAS

36

0

12

SHUKOR ADAN

51

03

15

GARY STEVEN ROBBAT

09

0

16

S.KUNALAN

54

0

19

AZAMUDDIN AKIL

27

4

09

NORSAHRUL IDLAN TALAHA

47

05

17

MOHD AMRI YAHYA

36

8

08

SAFIQ RAHIM

54

10

23

BADROL BAKHTIAR

32

3

13

INDRAPUTRA MAHAYUDDIN

48

16

03

HAFIZ KAMAL

07

0

10

SAFEE SALI

63

22

11

AZMI MUSLIM

21

0

14

MANAF MAMAT

08

02

18

BADHRI RADZI

06

0

24

MUSLIM AHMAD

24

0

28

MOHD KHAIRULAZHAN KHALID

01

0


Sabtu, 19 September 2020

TERKINI LIGA SUPER 26.4.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Perak 0-0 Kedah

T-Team 0- 0 Selangor

Sarawak 0-0 Kelantan


Pulau Pinang 1-2 Johor DT

m-39 Rafiuddin m-7 Gonzalo Cabrera

m-25 Azamuddin Akil

Rabu, 16 September 2020

Aksi Kedah, Sabah dipinda tarikh serta venue

  SUKAN



SKUAD Kedah terpaksa menjadikan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai venue menentang Sabah ekoran pelaksanaan PKPD di daerah Kota Setar. - FB KEDAH FA

Aksi Kedah, Sabah dipinda tarikh serta venue

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

15 September 2020, 8:27 pm

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pindaan jadual perlawanan Liga Super di antara Kedah menentang Sabah yang sepatutnya diadakan pada 19 September ini ke 21 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan mengesahkan bahawa pihaknya menerima permohonan daripada pasukan Kedah berhubung pindaan tarikh dan venue tersebut.

Katanya, Stadium Darul Aman, Alor Setar terletak di dalam Daerah Kota Setar yang telah diisytihar untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa pada 11 September hingga 25 September 2020.

Dimaklumkan bahawa MFL telah menerima permohonan rasmi dari pasukan Kedah mengenai permohonan pindaan tarikh dan venue bagi perlawanan tersebut kerana Stadium Darul Aman, Alor Setar terletak di dalam daerah Kota Setar yang telah diisytihar untuk pelaksanaan PKPD.

Oleh demikian, pihak MFL telah memutuskan untuk meminda tarikh dan venue bagi perlawanan tersebut di mana tarikh 19 September 2020 dan venue di Stadium Darul Aman, Alor Setar telah dipinda ke tarikh 21 September 2020 dan venue di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras selepas mendapat persetujuan bersama daripada kedua-dua pasukan.

Pindaan perlawanan tersebut juga dipinda setelah mengambil kira segala aspek seperti penyiar rasmi, komersial MFL serta pihak media.

Pindaan ini tidak melibatkan perlawanan-perlawanan lain seperti yang telah dijadualkan di mana jadual perlawanan Liga Super Malaysia 2020 telah dikemaskini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.SUMBER-KOSMO ONLINE

Ahad, 5 Januari 2020

2020 tahun kebangkitan Azamuddin


Simpan Artikel
MyMetroArena
             
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my

PEMAIN sayap berpengalaman, Azamuddin Akil berazam menjadikan aksi pramusim skuad Kedah di Kemboja minggu ini sebagai medan persiapan penting buat dirinya.

Dia yang menyarung jersi bernombor 77 pada musim ini juga sedang berusaha gigih dan semakin bersedia melonjak keupayaan dirinya ke tahap prestasi yang lebih baik berbanding musim lalu.

“Musim 2020 sangat penting buat saya dan saya berazam untuk menjadikan tahun ini sebagai kebangkitan di mana saya perlu terus tingkatkan lagi aksi ke tahap lebih baik. Saya perlu buktikan sasaran saya untuk kembali mencapai tahap 100 peratus dengan prestasi terbaik untuk pasukan yang akan menghadapi cabaran besar dan lebih mencabar musim ini,” katanya.

Dia juga mengaku perlu bersaing dengan ramai pemain yang turut memiliki bakat serta semangat juang tinggi untuk beraksi dalam saingan yang akan bermula nanti.

“Ini persaingan yang sihat untuk pasukan kerana Kedah memiliki ramai pemain yang baik dan saya lihat ia sebagai perkembangan positif. Persoalan sama ada dapat dipilih beraksi itu nombor dua, kerana yang penting adalah prestasi diri sendiri,” katanya.

Azamuddin turut berharap faktor persefahaman dan kelancaran kombinasi seperti yang dirancang dapat dicapai sepanjang perlawanan persahabatan yang akan dilalui Kedah di Kemboja bermula 8 hingga 14 Januari ini.

“Menghasilkan keserasian atas padang dan kombinasi yang baik adalah penting berbanding keputusan kerana kita perlukan perancangan serta persefahaman yang baik,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 6:45 AM2.1.20