Oleh Asrol Awang
Kuantan: Pengendali Pahang Dollah Salleh percaya
penyerangnya Azamuddin Mohd Akil sempat pulih daripada kecederaan apabila
bertemu PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam ini.
Menurut bekas pemain kebangsaan itu, kecederaan pemain
kebangsaan itu tidak serius dan khidmatnya amat ditagih dalam usaha memastikan
impian ke separuh akhir Piala Malaysia menjadi milik Tok Gajah.
Bagaimanapun, beliau berkata, jika Azamuddin atau
dikenali sebagai Alex tidak dapat beraksi, pemain lain mampu memikul tugas di
bahagian serangan dengan bergandingan bersama penyerang import, Matias Conti.
"Saya harap Azamuddin pulih dan boleh beraksi kerana
dia sudah menjalani latihan bersama pasukan sejak kelmarin," katanya
semalam.
Difahamkan, jika Azamuddin tidak dapat diturunkan malam
ini, Dollah menyenaraikan Mohd Fauzi Rozlan bergandingan dengan Conti di
bahagian serangan.
Dalam pada itu, Dollah berkata, skuadnya sudah bersedia
mengharungi suku akhir kedua untuk memastikan kemenangan berpihak kepada skuad
itu.
Menurutnya, kelebihan dimiliki harus dikekalkan dan
bersedia untuk meraih kemenangan bermakna.
“Biarpun PKNS akan berusaha untuk menang, semua pemain
perlu berwaspada bagi mengelak mereka daripada mengambil kesempatan.
"Kelebihan yang dimiliki belum lagi menjamin tempat
ke separuh akhir dan saya mengharapkan pemain fokus sepanjang 90 minit,”
katanya.
SUMBER-HARIAN METRO ONLINE: 2013/10/04
Tiada ulasan:
Catat Ulasan