Simpan Artikel
MyMetroArena

Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
PEMAIN sayap berpengalaman,
Azamuddin Akil berazam menjadikan aksi pramusim skuad Kedah di Kemboja minggu
ini sebagai medan persiapan penting buat dirinya.
Dia yang menyarung jersi
bernombor 77 pada musim ini juga sedang berusaha gigih dan semakin bersedia
melonjak keupayaan dirinya ke tahap prestasi yang lebih baik berbanding musim
lalu.
“Musim 2020 sangat penting buat
saya dan saya berazam untuk menjadikan tahun ini sebagai kebangkitan di mana
saya perlu terus tingkatkan lagi aksi ke tahap lebih baik. Saya perlu buktikan
sasaran saya untuk kembali mencapai tahap 100 peratus dengan prestasi terbaik
untuk pasukan yang akan menghadapi cabaran besar dan lebih mencabar musim ini,”
katanya.
Dia juga mengaku perlu bersaing
dengan ramai pemain yang turut memiliki bakat serta semangat juang tinggi untuk
beraksi dalam saingan yang akan bermula nanti.
“Ini persaingan yang sihat untuk pasukan
kerana Kedah memiliki ramai pemain yang baik dan saya lihat ia sebagai
perkembangan positif. Persoalan sama ada dapat dipilih beraksi itu nombor dua,
kerana yang penting adalah prestasi diri sendiri,” katanya.
Azamuddin turut berharap faktor
persefahaman dan kelancaran kombinasi seperti yang dirancang dapat dicapai
sepanjang perlawanan persahabatan yang akan dilalui Kedah di Kemboja bermula 8
hingga 14 Januari ini.
“Menghasilkan keserasian atas
padang dan kombinasi yang baik adalah penting berbanding keputusan kerana kita
perlukan perancangan serta persefahaman yang baik,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 5 January 2020 @ 6:45 AM2.1.20