Sabtu, 18 Februari 2017

Waspada jumpa Perak

Johor Bahru: Pemain sayap kanan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Azammuddin Akil (gambar kiri) menganggap pertembungan menentang Perak bakal sengit apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi Liga Super di Stadium Perak di Ipoh, malam ini.

Dia yang sinonim dengan panggilan ‘Alex’ menyifatkan skuad kendalian Karl Heinz Weigang itu pasukan mantap dan dianggap pencabar utama untuk menjuarai saingan liga musim ini.

Apapun bagi pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu yang kini bersama skuad Harimau Selatan sejak dua musim tetap bertekad untuk memberi persembahan terbaik jika tersenarai dalam kesebelasan utama perlawanan itu nanti.


“Perak berwajah baru musim ini dan pasukan itu pencabar utama bagi menjulang kejuaraan liga musim ini dan kami tidak boleh ambil mudah perlawanan itu selain ketinggalan mata.

“Kami sudah ketinggalan mata selepas seri dengan Kedah dan kemudian seri tanpa jaringan dengan Selangor dan tidak boleh lagi hilang mata penuh sebaliknya perlu bangkit memburu kemenangan.

“Ini aksi keempat dalam saingan liga dan kami harus beri yang terbaik untuk cari kemenangan,” katanya.

Azammuddin yang tidak diturunkan pada aksi menentang FELDA United saingan pusingan kedua Piala FA menyifatkan langkah penggiliran dilakukan ketua jurulatih, Benjamin Mora amat tepat bagi memberi ruang kepada pemain lain yang memiliki kualiti setanding beraksi.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 10:30 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan