Sukan
Jumaat, 30
Januari 2015 | 9:55am

PEMAIN tengah
kebangsaan dan Pahang, Azamuddin Akil.
Ketiadaan Alex
tak beri masalah buat Pahang di Larkin
KUALA LUMPUR:
Ketiadaan pemain sayap lincah, Azamuddin Akil pada perlawanan Sumbangsih
menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), esok tidak meresahkan Pahang.
Azamuddin atau
lebih dikenali Alex yang menjadi antara nadi skuad Tok Gajah berdepan
kecederaan lutut ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan pada perlawanan
akhir Piala AFF Suzuki, tahun lepas.
Begitupun,
ketiadaannya di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru tidak begitu
menggusarkan pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan yang mengakui kekosongan
itu mampu diisi pemain lain.
"Saya ada
banyak pilihan dan hampir kesemuanya adalah pemain musim lepas yang kekal
bersama pasukan. Jadi tidak ada masalah untuk saya menukar pemain dan
mendapatkan keserasian di antara mereka," katanya yang dipetik dalam
akhbar BH, hari ini.
Pada
perlawanan terakhir Liga Malaysia musim lepas yang juga final Piala Malaysia,
Pahang menewaskan JDT 5-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan berakhir
2-2 tamat masa permainan.
Selain Alex,
seorang lagi pemain Pahang yang tidak dapat diturunkan ialah pemain pertahanan,
Saiful Nizam Miswan yang berdepan penggantungan selepas mendapat kad merah pada
perlawanan akhir Piala Malaysia, tahun lepas.
Pahang
memenangi perlawanan Sumbangsih tahun lepas selepas menewaskan Lions XII 1-0.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan