WAN MOHD NOOR
HAFIZ WAN MANSOR | 11 May 2019

Azammuddin
kembali beraksi selepas lapan bulan berehat akibat kecederaan. - Foto:
Persatuan Bola Sepak Kedah
A A
PEMAIN tengah
Kedah, Azammuddin Akil yang berehat selama lapan bulan akibat kecederaan
terhutang budi kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kerana memberikan
kepercayaan kepadanya untuk beraksi bersama Lang Merah pada musim ini.
Pemain
berpengalaman itu mula mempamerkan keyakinan apabila buat pertama kali
diturunkan pada hujung perlawanan mengantikan Farhan Roslan ketika Kedah
mengikat PKNS FC 1-1 pada aksi Piala FA 2019 di Stadium Darul Aman, semalam.
"Saya
syukur dapat beraksi kembali. Saya dua kali menjalani pembedahan kerana
kecederaan dan yang kali pertama gagal. Bagi pembedahan kali kedua pula
Alhamdulilah berjaya.
"Pasukan
perubatan dan fisioterapi Kedah menjaga saya dengan baik sekali. Biar semua
tahu bahawa saya datang ke sini untuk bermain bola tanpa gaji selama lima
bulan, saya berkorban untuk kerjaya saya dan saya syukur dapat kembali beraksi
pada malam ini (semalam).
"Terima
kasih kepada ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak kerana berterusan memberikan
motivasi kepada saya," katanya.
Beliau yang
lebih dikenali sebagai Alex di kalangan penyokong berkata, tanpa KFA kerjayanya
sebagai pemain bolasepak profesional bakal musnah.
Menurutnya, motivasi
tinggi yang diberikan rakan-rakannya turut membakarkan lagi semangatnya untuk
kembali membuat kemunculan semula selepas berehat panjang.
"Saya
sudah bersedia untuk beraksi kembali dan akan berusaha untuk mengembalikan
kecergasan sepenuhnya dengan beraksi dari satu perlawanan ke perlawanan yang
lain.
Tempoh rehat
selama 8 bulan adalah satu waktu yang panjang buat seorang pemain profesional
untuk kembali berada pada tahap terbaik semula namun saya akan berusaha,"
katanya.
Jelas Alex,
tahap kecergasan kini berada tahap 90 peratus dan perlu mengambil sedikit masa
lagi untuk mencapai tahap kecergasan sepenuhnya.
Dalam pada
itu, beliau berkeyakinan 70 peratus pasukannya mampu melangkah ke final Piala
FA musim ini dan piala tersebut adalah antara sasaran utama yang telah
diletakkan oleh pihak pengurusan KFA.
SUMBERArtikel
Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/27590/BERITA/Sukan/Tanpa-KFA-kerjaya-saya-musnah-kata-Alex
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan