MyMetroNode
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul
Aziz
rnorain@hmetro.com.my

Kuantan: Pahang berjaya mengutip
tiga mata penuh sekaligus mengungguli tangga teratas Liga Super buat pertama
kali musim ini selepas menewaskan Perak 1-0 di Stadium Darul Makmur, di sini,
malam tadi.
Gol tunggal Pahang dijaringkan
oleh penyerang import, Matias Ruben Conti di minit ke-71 menerusi sepakan
penalti.
Pada separuh masa pertama,
kedua-dua pasukan dilihat saling mengatur serangan bagi mencari gol
pendahuluan.
Perak hampir memperolehi gol pada
minit ke-19 menerusi pemain import, Charles Souza Chad yang melakukan tandukan
selepas menerima hantaran Horace James tetapi percubaannya sedikit melepasi
pintu gol.
Peluang terbaik Pahang pula
muncul di minit ke-26 apabila Hafiz Kamal mengambil sepakan percuma setelah
Dickson Nwakaeme dijatuhkan oleh pemain lawan di luar kotak penalti.
Bagaimanapun, tendangan berkenaan ditepis penjaga gol, Muhammad Zamir Selamat.
Babak kedua permainanan
menyaksikan pasukan pelawat lebih kerap menggempur kubu Pahang, bagaimanapun ia
berjaya diserap dengan baik barisan pertahanan Pahang.
Tok Gajah kemudiannya membalas
serangan dan akhirnya usaha Pahang berhasil apabila Matias Conti berjaya
meledakkan gol menerusi sepakan penalti di minit ke-71 selepas bola terkena
tangan pemain pertahanan Perak, Muhammad Tuah Iskandar.
Keputusan 1-0 kekal sehingga
wisel penamat.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 5 Mei 2015 @ 11:37 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan